| Bagaimana cara start balapan drag? |
|
|
|
Nama: Radjiv Tri Murcti Soalan: Bagaimana cara start balapan drag? Jawapan: Sukan drag merupakan pertandingan yang banyak bergantung pada modifikasi enjin tetapi enjin yang bertenaga juga memerlukan penunggang yang berpengalaman. Permulaaan yang kemas dan bertenaga amatlah diperlukan. Ini kerana kebanyakan trek drag tidak sepanjang mana. Semasa ‘starting’ Radjiv perlu memutarkan enjin ke tahap yang tinggi untuk memastikan enjin dalam keadaan bertenaga tetapi biasanya enjin 4 lejang tidak memerlukan RPM yang tinggi kerana ia mempunyai ‘torque’ yang lebih kuat dari enjin 2 lejang. Bila lampu permulaan dinyalakan Radjiv perlu melepaskan clutch selara ‘drastik’ dan throttle dalam bukaan penuh supaya dapat menyentap roda belakang. Ketika ini roda belakang akan ‘spin’ dan akan melibas bergantung pada permulaan trek itu. Satu perkara lagi Radjiv perlu tahu mengenai nisbah berat di antara roda hadapan dan belakang. Kebanyakan motor drag mempunyai berat yang lebih kehadapan. Ia diukur ketika penunggang di atas motor, iaitu ketika tangan sedang menekan ‚handle bar’. Motor drag mempunyai ‚handle bar’ yang rendah supaya agihan berat ke tayar hadapan dapat dihasilkan. Untuk permulaan yang lebih stabil dan selamat, Radjiv boleh menukar rim yang lebih lebar. Kami ada menghasilkan rim yang kuat, lebar dan ringan. Dengan pakej-pakej ini, Radjiv tidak perlu kerap menukar rim. Kami juga menyediakan pelbagai warna dan saiz untuk disesuaikan dengan motor drag Radjiv. Sukan drag adalah sukan ‚x-treme’ pemakaian jaket, helmet dan lain-lain amatlah digalakkan. Hati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang menyayangi kita.
Mohd Husin B. Adan |
|
| Last Updated ( Monday, 11 January 2010 ) |
You have to login before you can shout!