| Kenapa saya tak boleh pusing corner dengan bagus? |
|
|
|
Nama: Shafiq Soalan: Saya pakai motor 125z, tapi kenapa saya tak boleh pusing corner dengan bagus, rasa takut dan “Xbleh blaa”? Kawan-kawan saya tak ada masalah, semua bagus corner. Jawapan: Berkenaan motor Shafiq yang “Xbleh bla”’ itu boleh berpunca dari banyak sebab, tetapi selalunya berpunca dari sistem exzos yang tersumbat, ini kerana motor 125z menggunakan sistem enjin 2 lejang yang mana ia memerlukan minyak pelincir tambahan seperti 2T. Minyak pelincir itu menghasilkan karbon yang cukup banyak untuk membuatkan system exzos tersumbat. Shafiq dinasihatkan supaya servis exzos di kedai exzos yang bertauliah. Jika tidak ada perubahan juga, Syafiq cuba hantar ke workshop-workshop berhampiran untuk melaras sistem karburater. Corner merupakan satu seni di dalam bidang permotoran, banyak aspek yang boleh dikaitkan dalam hal ini. Salah satunya ialah keadaan motor itu sendiri. Motor Shafiq mestilah dalam keadaan yang baik yang mana system suspension tiada masalah. Jadi sebelum corner Syafiq kena pastikan motor dalam keadaan paling sempurna, tapi jika motor Syafiq masih baru, sepatutnya tiada masalah kerana Yamaha telah melaras system suspension dengan baik sekali. Syafiq juga boleh cuba menukar tayar yang lebih besar untuk belah hadapan dan belakang kerana roda yang berat untuk menghasilkan kestabilan yang tinggi. Dengan itu Syafiq akan rasa lebih berkeyakinan untuk melayan selekoh. Sebelum melayan selekoh Syafiq jangan lupa untuk melaras tekanan tayar dahulu kerana segala-galanya bermula dari situ. Selamat mencuba, hati-hati di jalan raya. Salam.
Mohd Husin B. Adan |
You have to login before you can shout!