Home > Lost Password?  Register
Monday
Feb 06th 2012
REVOLUSI ROSSI Print E-mail

 

 

 

4.jpg

Jika diimbas semula rekod pelumba tegar ini, perubahan bukanlah sesuatu yang asing dalam dirinya sejak penampilan GP pertamanya di Grand Prix Malaysia pada 1996 ketika beraksi dalam kelas 125cc.

Perubahan sudah menjadi asam garam buat Rossi dan antara perubahan terbesar dialami Rossi dalam kerjaya MotoGP apabila peralihan dari kuasa jentera 500cc pada musim 2002. Dan, detik itu berulang lagi dengan keputusannya menyertai Ducati.

"Perubahan dari 500cc ke 990cc adalah perubahan terbesar. Begitu juga dengan perubahan dari Yamaha ke Ducati berbanding ketika saya bertukar dari Honda ke Yamaha kerana kedua-dua jentera pengeluar dari Jepun itu memiliki hampir persamaan."

Rossi memenangi gelaran 500cc terakhir untuk Honda pada 2001 ketika tahun kedua di kelas perdana, kemudian memenangi gelaran 990cc pertama buat Honda pada 2002 dan 2003.Keputusannya beralih ke Yamaha turut menjulang dirinya pada 2004 dan 2005. Rossi kemudian menambah koleksi juara buat Yamaha dengan jentera berkuasa 800cc pada 2008 dan 2009.

Sebelum beralih ke Ducati musim ini, kejayaan teknikal terakhir Rossi adalah ketika dia bertukar dari menggunakan tayar Michelin ke Bridgestone pada 2008. Rossi hanya memerlukan empat perlumbaan untuk kembali menemui sentuhan margisnya bergelar pemenang.

Rossi dan rakan senegaranya, Loris Capirossi adalah pelumba yang sempat merasai peraturan baru yang ditetapkan dalam penggunaan jentera kelas perdana dari 500cc, 990cc dan 800cc.

Kelas MotoGP sekali lagi akan berubah dengan penggunaan jentera Empat Lejang 1000cc pada 2012 dan kontrak dua tahun Rossi bersama Ducati bererti dia akan menjadi sebahagian dari era berikutnya.

DUCATI BERTUNGKUS LUMUS?

valentinorossi-ducati1.jpgDemi mengekalkan reputasi, pasukan pembangunan Ducati turut melengkapkan ujian tiga hari di Litar Jerez ketika dua pelumba mereka Rossi dan Nicky Hayden sibuk melakukan ujian rasmi pra musim di Litar Sepang sebelum ini.

Pasukan pembagunan diketuai Filippo Preziosi telah ke Jerez, Sepanyol, bekerja dengan pelumba uji rasmi pasukan, Franco Battaini sebagai sokongan mempertingkatkan program pembangunan jentera Desmosedici GP11.

Beberapa sesi ujian, pelarasan dan pengumpulan data dilakukan dalam mencari formula terbaik pasukan untuk menghadapi saingan lebih getir musim ini terutama kebangkitan pasukan Honda dan pencabar lain seperti Yamaha.

"Kami yakin usaha keras dengan tahap komitmen yang sama, dan kekal fokus pada tujuan asal, kami sedar potensi yang dimiliki," jelas Preziosi.

Last Updated ( Thursday, 19 May 2011 )
 

Shout Box

  • leftyzero daichi, area mane tu?
    2011-12-29 8:42 AM #
  • daichi nk order barang ssh leh area kiter
    2011-12-20 12:53 AM #
  • leftyzero don't spam or i ban u.
    2011-11-4 3:10 PM #
  • Helen hi! new google urlcut service «link»
    2011-11-3 10:28 AM #
  • leftyzero thanks helen. btw, this website will be update soon.
    2011-11-3 8:15 AM #
  • Helen hi! great website!
    2011-11-3 12:37 AM #
  • magnus Hello World! Find Everything at «link»
    2011-11-2 1:04 AM #
  • leftyzero agan. ko g tgk kat calendar dlm forum. race2 yg terdekat aku post kat situ.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • leftyzero xla agan. aritu pening kpale psl gp. haha.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • ayuting2 how are you today all member «link»
    2011-10-29 8:10 PM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg