| KONVOI AMAL RKM |
|
|
|
Pada 13 Februari 2011, Komuniti Genuine Club wilayah Utara telah mengadakan konvoi amal ke Rumah Yakin Al-Wadi,yang terletak di Kupang Baling. Konvoi ditaja oleh RK-M dan Jetron selaku penaja utama dan disokong oleh GMW motorsport dan Orked Café.Konvoi telah disertai hampir 150 peserta bermotosikal pelbagai jenis dari berkuasa kecil hingga berkuasa besar. Konvoi telah dirasmi dan dilepaskan oleh Datuk Haji Musa Bin Haji Syeikh Fadzir selaku penaung Genuine Club wilayah Utara. Aturcara bermula dari jam 10 pagi dengan pendaftaran peserta dan berakhir pada jam 12 tengah malam. Konvoi dilepaskan pada jam 2 petang, dan diiringi oleh polis pengiring dan 4 kereta pengiring. Jalan menuju ke Rumah Yakin Al-Wadi boleh dikatakan agak mencabar. Kami terpaksa meminta bantuan polis untuk mengawal kelajuan kereta semasa di lebuhraya. Kami telah melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan juga Lebuhraya BKE sebelum melalui jalan kampung ke Baling. Pada konvoi kali ini,ramai peserta tidak berpengalaman.Tetapi tiada kemalangan berlaku kerana semua peserta berjaga-jaga dan mengikut arahan. Kami tiba di destinasi dan disambut mesra oleh penghuni Rumah Yakin Al-Wadi. Kami disajikan dengan makan dan minum petang. Memang sedap makanan disitu. Telah terbukti apabila seorang peserta telah makan seperti dinasour. Hehehe.. Kami di bawa untuk melawat kawasan dan tempat tinggal penghuni di situ. Terdapat kawasan ternakan ikan dan juga “penjara” untuk kanak-kanak yang agresif. Kami juga diberikan sesi soal jawab tentang kawasan dan rumah tersebut. Asrama baru juga sedang dibina hasil dari sumbangan orang ramai. Tepat jam 7.30 malam,kami disajikan makan malam dan selesai sahaja makan,kami dibawa ke surau untuk majlis perpisahan. Ramai peserta menangis semasa semasa bersalaman dengan penghuni rumah tersebut. Muka je ganas, tapi dalam hati ad ataman beb! Selesai sahaja majlis perpisahan, kami terus bertolak ke Air Panas Ulu Legong untuk beriadah sebentar. Rugi jika tidak kesana jika telah sampai ke Baling. Kami tiba di Air Panas Ulu Legong pada pukul 8.30 malam. Selesai sahaja mandi, kami terus bertolak pulang. Kami sampai pada pukul 12.00 malam. Mungkin lain kali, kitorg buat lagi! Tenkiu!
|
|
| Last Updated ( Wednesday, 13 April 2011 ) |
You have to login before you can shout!