|
The Malaysian International Classic Bike Festival 2008 |
|
|
 |
Pada 3 Mei 2008 Ipoh British Classic Bike Club Perak sebagai tuan rumah telah menganjurkan International Classic Bike Festival 2008 bertempat di Dataran Ipoh Perak. Lebih 200 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini dari seluruh Malaysia dan beberapa negara luar seperti Thailand dan Singapore . Antara acara yang diadakan pada festival tersebut adalah seperti berkonvoi ke Kellie's Castle dan tempat pemprosesan bijih timah, pameran moto-moto klasik, pertandingan moto tercantik dan lain-lain. Pihak Genuine Club juga tidak ketinggalan setelah dijemput untuk menyertai festival ini dengan pameran dan jualan barangan selain dengan sinonimnya Genuine Club dengan persembahan Stunt Show. Genuine Club terharu dengan sambutan hangat dari pengunjung yang tidak berganjak dari tempat pertunjukan walaupun cuaca terik sehingga tamat acara tersebut. Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak Ipoh British Classic Bike Club Perak kerana sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi festival tersebut. |
|
|
Last Updated ( Friday, 20 June 2008 )
|