| Litar Pasir Gudang pilihan pusingan ke-4 Kejuaraan Petronas FIM Asian Grand Prix 2008. |
|
|
|
Setelah sekian lama Litar Pasir Gudang menyepi tanpa sebarang kejohanan perlumbaan kebangsaan, kini penduduk sekitar Johor Bharu berpeluang menyaksikan FIM Asian Grand Prix. Litar ini tidak pernah gagal dengan jumlah kehadiran penonton yang ramai walaupun tiket berbayar.
Dalam kategori Supersport, Ahmad Fuad dan Hamaguchi pernah bertarung hebat di litar ini dengan menyaksikan Ahmad Fuad memotong di 2 selekoh terakhir untuk menjadi juara di Pasir Gudang. Apakah kejayaan ini bakal berulang kita nantikan.
Bagi kategori Underbone 115cc, Litar ini bakal menguji Owie Nurhuda untuk terus menjadi juara. Litar teknikal ini cukup sukar hingga turut diakui oleh pelumba dunia pada suatu ketika dahulu. Para peminat sukan motosikal datanglah beramai-ramai kerana banyak gerai jualan turut disediakan. Gerai RK-M juga akan dibuka pada hari ahad 20 haribulan Ogos. Jumpa disana. |
|
| Last Updated ( Tuesday, 19 August 2008 ) |
You have to login before you can shout!