| KONVOI AMAL MERDEKA JELAJAH MALAYSIA |
|
|
|
KONVOI AMAL MERDEKA JELAJAH MALAYSIA
Pada 27 - 30 Ogos ini akan diadakan konvoi Amal Merdeka mengelilingi Malaysia. Konvoi yang bertujuan menyemarakan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 51 ini, bakal diteraju oleh 25 peserta dari seluruh negara yang bakal mengelilingi Malaysia selama 4 hari tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Selain untuk menyemarakan detik keramat negara ini, konvoi ini juga bertujuan mengumpul dana kepada Rumah Anak Yatim dan rumah Orang Tua sekitar Pulau Pinang. Konvoi akan bermula di Kilang Rantai , Prai Penang dan akan berakhir di Kepala Batas, Penang. Kovoi ini akan disambut pada detik 12 tengahmalam 31 Ogos 2008 dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 51. Pada ahli-ahli Genuine Club, anda dialukan-alukan untuk bersama-sama kami di check point kami di setiap negeri di Malaysia... Jumpa di sana,... CHECK POINT KONVOI AMAL MERDEKA JELAJAH MALAYSIA KILANG RANTAI (27/8/08) >>> HENTIAN R&R TAPAH (27/8/08) >>> KUALA LUMPUR / PETALING JAYA (27/8/08) >>> NILAI (27/8/08)>>> BANDAR MELAKA (27/8/08) >>> BANDARAYA JOHOR BAHRU (27/8/08) >>> KUANTAN (28/8/08)>>> KUALA TERENGGANU (29/8/08) >>> KOTA BAHRU (30/8/08) >>> KULIM (30/8/08) >>> KEPALA BATAS (30/8/08) >>> |
|
| Last Updated ( Wednesday, 10 September 2008 ) |
You have to login before you can shout!