| Strategi Mengharungi Sukan Lumba Motosikal |
|
|
|
Cara membina fizikal yang tepat
Konsep fizikal mengikut jenis sukan atau aktiviti yang dilakukan. Jika kita berkerja kuat maka seluruh kekuatan atau tenaga akan digunakan dan begitu juga sebaliknya. Dalam perlumbaan motosikal, kekuatan, ketahanan dan kelenturan fizikal sangat penting. Ketahanan fizikal adalah keupayaan badan bertahan pada jangka masa yang lebih lama dari kebiasaan selain dari kekuatan stamina. Kadar kelenturan badan merupakan kebolehan fizikal kita untuk melakukan pergerakkan lebih dari had normal. Otot yang kuat mempunyai fizikal yang lebih besar dan berat. Otot begini tidak sesuai untuk perlumbaan motorsikal. Kekuatan perlu setimpal dengan keupayaan motosikal dan ini bererti kita tidak boleh lembik atau lemah. Faktor berat keseluruhan diambil kira untuk memastikan motosikal mendapat pecutan maksimum. Kelenturan fizikal memberikan kita kelembutan dalam pergerakkan ini bertujuan untuk mengekalkan kestabilan semasa berlumba. Maklumat lebih tepat boleh diperolehi terutamanya untuk penyelarasaan suspensi atau penyerap hentakan. Kelenturan fizikal ini mampu menyerap serta mengurangkan kesan hentakkan dan geseran sewaktu mengalami kemalangan,maka kecerderaan dapat dikurangkan. Amalkan latihan bagi mendapatkan tahap ketahanan fizikal yang baik dengan berjogging atau berlari pada jarak yang paling minimum 5 kilometer atau lebih 30 minit bagi setiap larian. Stamina yang tinggi memastikan prestasi kita kekal sepanjang perlumbaan berlangsung. Selain itu, skipping dan berbasikal juga boleh dilakukan selepas latihan asas dahulu. Kelenturan yang baik dihasilkan dengan melakukan senaman regagan otot. Kita boleh mencontohi para atlit gimnastik tentang bagaimana untuk melakukan regagan otot yang betul serta tepat. Latihan ketahanan dan kelenturan fizikal amat penting sebelum anda memulakan latihan dengan jentera perlumbaan kerana diperingkat awal latihan sangat berisiko tinggi untuk jatuh atau terbabas. Badan cergas, minda menjadi cerdas. |
You have to login before you can shout!