Home > Lost Password?  Register
Monday
Feb 06th 2012
Teknik Brek Print E-mail

Sebelum kita pandai menunggang kita sepatutnya tahu bagaimana untuk memberhentikan motosikal. Bayangkan anda sedang menunggang motosikal tetapi tak tahu hendak membrek, bukankah itu sangat berbahaya. Motosikal memiliki 2 brek iaitu untuk roda depan dan juga roda belakang. Terdapat 2 jenis brek iaitu hidraulik dan jenis drum gegelung. Jenis hidraulik terdapat beberapa gabungan kompenan iaitu:

 
  1. Pum dan tuil tangan / kaki,teknik-brek1.jpg
  2. Kabel hidraulik,
  3. Kaliper, pad dan brek cakera,
  4. Minyak hidraulik (DOT 4).

Bagi jenis drum gegelung pula terdiri daripada:

  1. Tuil tangan (hadapan) / tuil kaki (belakang),
  2. Sepasang kasut brek,
  3. Sebatang besi 4mm sebagai mekanisma penyambung antara tuil kaki dengan brek drum,
  4. Kabel pula untuk tuil tangan hadapan.

Brek hidraulik lebih bersifat sensitif kerana binaannya untuk meminimakan pengunaan kekuatan jari atau kaki tetapi memberikan cengkaman maksimum, kita boleh jimatkan banyak tenaga semasa dalam sesebuah perlumbaan. Tetapi kita perlu memahami sifat-sifat brek jenis hidraulik ini.

  1. Brek hidraulik tidak boleh ditarik atau ditekan tuilnya secara mengejut tetapi merasai tahap cengkaman dahulu sebelum menambahkan kekuatan cengkaman.
  2. Terdapat ruang-ruang kosong atau udara dalam sistem hidraulik menyebabkan brek hidraulik kehilangan kuasa cengkaman.
  3. Penggunaan minyak brek yang tidak betul menyebabkan brek tidak berfungsi dengan sempurna ketika suhu brek mulai panas.

Teknik membrek yang tepat, perlukan kemahiran mengguna brek depan dan belakang dengan betul serta selamat. Antara asas pertama, menggunakan brek depan adalah mengunakan kekuatan 2 jari dahulu dan rasai kadar cengkaman yang boleh dihasilkan, jika brek tidak mampu memberikan cengkaman yang sepatutnya kita boleh memilih untuk mengunakan kesemua jari yang ada.

Bagi menguji kadar kekuatan cengkaman brek hadapan sehingga tahap maksimum ialah dengan menunggang pada kelajuan perlahan kemudian mula membrek sehingga tayar berbunyi atau terdengar geseran tetapi jangan sampai tayar terkunci sepenuhnya kerana anda mungkin hilang kawalan terhadap tayar hadapan. Dari sini anda akan memahami kemampuan sebenar brek depan motosikal anda. Berlatihlah lagi dengan menambah kelajuan sehingga anda cekap mengendalikannya.

Teknik brek menggunakan brek belakang. Brek belakang sekarang adalah suatu kemestian. Brek belakang jika digunakan dengan betul mampu memberhentikan motosikal pada jarak yang lebih singkat tetapi ianya perlu digandingkan dengan brek depan.

Anda boleh lihat tentang perbezaan penggunaan brek depan dan belakang dengan mengujinya pada kelajuan yang sesuai ditempat yang lapang dan selamat dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Jarak memberhenti mengunakan brek hadapan,
  2. Jarak memberhenti mengunakan brek belakang,
  3. Jarak memberhenti mengunakan kedua-dua brek.

Anda akan dapati dengan mengunakan kedua-dua brek serentak mampu memberhentikan motosikal anda pada jarak yang paling minima berbandingan dengan mengunakan brek hadapan atau belakang sahaja. Mulakan latihan sehingga mendapat kawalan membrek yang paling sempurna kerana keselamatan semasa menunggang adalah tanggungjawab kita. teknik_brek_depan_untuk_stuntshow.jpg teknik_membrek_yang_sama.jpg teknik_yang_sama_diperingkat_antarabangsa.jpg

Last Updated ( Friday, 22 August 2008 )
 

Shout Box

  • leftyzero daichi, area mane tu?
    2011-12-29 8:42 AM #
  • daichi nk order barang ssh leh area kiter
    2011-12-20 12:53 AM #
  • leftyzero don't spam or i ban u.
    2011-11-4 3:10 PM #
  • Helen hi! new google urlcut service «link»
    2011-11-3 10:28 AM #
  • leftyzero thanks helen. btw, this website will be update soon.
    2011-11-3 8:15 AM #
  • Helen hi! great website!
    2011-11-3 12:37 AM #
  • magnus Hello World! Find Everything at «link»
    2011-11-2 1:04 AM #
  • leftyzero agan. ko g tgk kat calendar dlm forum. race2 yg terdekat aku post kat situ.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • leftyzero xla agan. aritu pening kpale psl gp. haha.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • ayuting2 how are you today all member «link»
    2011-10-29 8:10 PM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg