Home > Lost Password?  Register
Monday
Feb 06th 2012
Peranan Kepala Silinder Dalam Proses Pembakaran Print E-mail

Perkara terpenting kepala silinder adalah rekabentuk kawah pembakaran yang betul kerana mampu menghasilkan pembakaran sempurna pada masa yang sama tidak mengalami kepanasan melampau. Faktor yang diambil kira dalam merekabentuk kawah pembakaran ialah: squishband_area.jpg1a.jpg

  1. Isipadu kawah pembakaran,
  2. Sudut "squish band",
  3. Rupa bentuk kawah pembakaran,
  4. Sudut percampuran antara kawah dan "squish band",
  5. Lebar "squish band".

Rekabentuk kawah pembakaran dan "squish band" bertujuan untuk mengurangkan serta menghilangkan keadaan dimana berlakunya proses pembakaran dua kali atau pembakaran pada masa yang tidak sepatutnya. Contohnya, piston sudah mencapai tahap nyalaan tetapi pembakaran dalam ruang pembakaran telah berlaku sekali lagi. 

Ini dinamakan "Detonation". Kesan dari "Detonation" dapat dilihat pada permukaan atas dan tepi sesebuah piston. Piston boleh berlubang dan dinding piston mengalami kesan calar akibat dari pembakaran tidak sempurna. "Detonation" antara penyebab utama kegagalan mendapatkan penyelarasan serta ketahanan motosikal pada tahap paling optimum. 

Faktor jarak dari permukaan atas piston semasa tahap piston teratas atau "Top Dead Center" dengan permukaan bahagian dalam kepala silinder perlu dikira. Jika rekabentuk mempunyai 5 ciri diatas, belum tentu selamat tanpa jarak yang tepat kerana "Detonation" masih boleh berlaku. Ukuran utama ialah jarak permukaan "squish band" dengan permukaan atas piston di "top dead center".

2 perkara mempengaruhi jarak tersebut iaitu jenis petrol yang digunakan dan isipadu silinder blok motosikal. Contohnya, jika isipadu silinder diantara 100cc hingga 125cc, jarak paling sesuai digunakan diantara 0.8mm hingga 0.9mm untuk petrol tetapi jenis AVGas pula jarak sesuai digunakan 0.7mm hingga 0.8mm. Jika isipadu silinder lebih besar, jarak antara permukaan ini turut berubah dan boleh mencapai diantara jarak 1.2mm sehingga 1.4mm.

Rekabentuk kawah pembakaran tidak sama bagi setiap kategori motosikal. Kenapa?, kerana berkait rapat dengan jenis banjaran kuasa yang dikehendaki oleh pemilik atau pelumba. Motosikal perlumbaan litar memerlukan banjaran kuasa enjin yang kuat dari tahap pertengahan sehingga ke tahap paling maksimun tetapi motorcross atau enduro memerlukan kuasa pada tahap rendah ke tahap pertengahan. Motosikal yang mempunyai banjaran kuasa kuat pada peringkat awal sehingga pertengahan senang ditunggang.

ketahanan_enjin_diperlukan.jpgnampak_sama_sahaja_tapi_sangat_berbeza_berbeza.jpg Perbezaan paling ketara boleh kita ukur pada kawah pembakaran adalah pada jumlah lebar "squish band", dimana banjaran kuasa yang tinggi memiliki lebar "squish band" yang kurang dari jumlah luas kawah pembakaran atau lubang bulat ditengah kawah. Begitulah sebaliknya, banjaran kuasa enjin yang kuat dipertengahan biasanya memiliki ruang pembakaran yang lebih kecil atau sama, berbanding dengan jumlah lebar "squish band'. Ini bukan bererti hanya melakukan ubahsuai pada ruang kepala silinder sudah mencukupi, tapi anda harus ingat selain lebar "squish band", isipadu kawah pembakaran juga turut mempengaruhi prestasi keseluruhan motosikal.

Rekabentuk ruang pembakaran ini merupakan salah satu kombinasi dengan bahagian-bahagian lain seperti ekzos dan juga blok silinder untuk mendapatkan penyelarasan serta kuasa yang paling optimun pada motosikal anda.

Last Updated ( Tuesday, 16 December 2008 )
 

Shout Box

  • leftyzero daichi, area mane tu?
    2011-12-29 8:42 AM #
  • daichi nk order barang ssh leh area kiter
    2011-12-20 12:53 AM #
  • leftyzero don't spam or i ban u.
    2011-11-4 3:10 PM #
  • Helen hi! new google urlcut service «link»
    2011-11-3 10:28 AM #
  • leftyzero thanks helen. btw, this website will be update soon.
    2011-11-3 8:15 AM #
  • Helen hi! great website!
    2011-11-3 12:37 AM #
  • magnus Hello World! Find Everything at «link»
    2011-11-2 1:04 AM #
  • leftyzero agan. ko g tgk kat calendar dlm forum. race2 yg terdekat aku post kat situ.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • leftyzero xla agan. aritu pening kpale psl gp. haha.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • ayuting2 how are you today all member «link»
    2011-10-29 8:10 PM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg