Home > Lost Password?  Register
Friday
Aug 29th 2014
Blok Silinder Enjin 2 Lejang Print E-mail

sejukkan_cecair.jpgpergerakan_enjin_2_lejang.jpg Silinder enjin 2 lejang berbeza dengan enjin 4 lejang. Silinder blok 2 lejang merupakan nadi sebenar untuk kuasa. Rekabentuknya berubah mengikut keperluan kuasa motosikal. Silinder 4 lejang sekadar penentu isipadu yang dikehendaki. ( Luas Permukaan X Jarak Lejang = Isipadu @ CC )

Silinder mempunyai sejukkan udara dan sejukkan cecair. Rekabentuk sejukkan udara bersirip besar serta lebar di sekeliling silinder. Udara mengalir melalui celah-celah sirip membawa keluar haba panas dari silinder. Suhu dalam silinder menjadi rendah dan terkawal. Kos baikpulih silinder ini lebih murah tetapi kurang tahap ketahanan disebabkan sistem penyejukkan yang kurang efektif  dan tidak konsisten.

Silinder sejukkan cecair bergantung penuh terhadap radiator sebagai alat penyejuk cecair. Jangka hayat silinder ini lebih panjang berbanding sejukkan udara. Sistem penyejukkannya lebih efektif dan memberikan prestasi paling maksimum. Silinder sejukkan cecair mempunyai ruang- ruang rongga di sekeliling untuk membenarkan cecair sejuk melaluinya dan dalam masa yang sama cecair yang sudah panas keluar menuju ke radiator untuk disejukkan kembali.

Silinder enjin 2 lejang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi motorsikal. Terdapat 4 bahagian utama dalam silinder:transfer_port.jpgintake_port.jpg

  1. Lubang kemasukan (Intake port)
  2. Lubang penghantar (Transfer port)
  3. Lubang penyeburan (Scavenge port)
  4. Lubang ekzos (Exhaust port)

Lubang kemasukan
Enjin 2 lejang mengunakan injap reed untuk mengawal masuk bahan bakar dari karburator. Lubang kemasukan akan menerima bahan bakar dahulu. Kemudian disimpan pada bahagian kotak engkol.

Lubang penghantar
Piston turun kebawah, bahan bakar di bahagian kotak engkol akan tertolak masuk ke lubang penghantar yang terdapat di kedua-dua belah bahagian silinder. Kedua-dua lubang itu mempunyai saiz berbeza bagi mengubah halaju kemasukan bahan bakar.

Lubang penyeburexhaust_port.jpg
Tekanan piston tadi menyebabkan kelajuan bahan bakar terus meningkat. Lubang penyebur di dinding silinder mula terbuka, bahan bakar masuk dengan laju ke dalam ruang silinder dan memenuhinya sebelum piston naik semula ke atas dan kembali menutup lubang penyebur itu.

Lubang ekzos
Piston naik ke atas dan bahan bakar dimampat .Nyalaan dan letupan menghasilkan kuasa tujahan. Piston ditolak turun sehingga lubang ekzos terbuka. Asap dari pembakaran itu akan dikeluarkan melalui lubang ekzos dan proses berikutnya bermula semula.

Kesemua lubang ini mempunyai peranan berbeza dan bergabung untuk dinamakan sebagai blok silinder enjin 2 lejang. Modifikasi ringkas atau penuh, kesemua lubang ini di ubah saiznya dan setiap bahagian akan menghasilkan corak kuasa yang berbeza-beza. anda dinasihatkan berhati-hati untuk mengubahnya kerana jika tersilap kemungkinan silinder itu tidak berguna lagi.

Last Updated ( Friday, 29 August 2008 )
 

Shout Box

  • mario salam,selamat pagi.... ;)
    2014-7-14 8:19 AM #
  • sherman0831 hola holaaaaa :$
    2014-7-10 5:56 PM #
  • mario haii...sherman... :twisted:
    2014-7-10 5:56 PM #
  • sherman0831 hi
    2014-7-10 5:48 PM #
  • mario selamat berposa dan selamat menunaikan ibadat........ :$
    2014-7-10 5:31 PM #
  • judabenhur salam,haii...kenapa sonyap aje....? :roll:
    2014-7-9 10:05 AM #
  • judabenhur selamat berpuasa...
    2014-7-1 8:13 AM #
  • judabenhur salam...
    2014-7-1 8:13 AM #
  • judabenhur :P
    2014-7-1 8:10 AM #
  • judabenhur selamat berpuasa...
    2014-7-1 8:09 AM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg