Home > Lost Password?  Register
Saturday
Apr 19th 2014
Nisbah Mampatan Antara Kepala dan Blok Silinder Print E-mail

mengukur_dan_menganalisisi.jpgKepala silinder mempunyai rekabentuk yang berbeza untuk mempengaruhi suhu serta pembakaran yang optimum. Blok silinder memastikan aliran masuk bahan bakar pada kadar yang maksima mengikut corak aliran yang dipilih untuk menghasilkan banjaran kuasa yang sesuai dengan strategi penunggang itu sendiri.

Konsep nisbah mampatan, mungkin kita tahu nisbah mampatan yang tinggi akan memberikan prestasi yang hebat. Tetapi nisbah mampatan kita terlampau tinggi atau tidak sesuai, boleh menyebabkan kerosakan pada enjin motosikal dan juga masalah “detonation” iaitu pra-pembakaran.

Bagi mencapai tahap nisbah mampatan yang tinggi, harus menggunakan petrol yang kaya dengan kandungan oktana serta pengurusan elektronik enjin yang betul serta tepat.

nisbah_mampatan.gifAsas matematik, untuk mengira nisbah mampatan adalah:

  1. Dapatkan kandungan silinder dengan mengukur dari kedudukan terbawah piston (BDC) sehingga kedudukan tertinggi piston (TDC) dan namakannya sebagai Isipadu silinder.
  2. Dapatkan jumlah kandungan kepala silinder, anda boleh mengukur mengunakan “buret” dan namakannya sebagai Isipadu Kawah Pembakaran.

Hasilnya:

Nisbah Mampatan = Isipadu silinder / Isipadu Kawah Pembakaran.

Contohnya: Nisbah Mampatan = 135cc / 12 cc = 11.25 cc
Nisbah Mampatan = 11.25 : 1

cylinder_head01.jpgset_enjin.jpgIni adalah asas pengiraan, jika tidak diambil kira tebal gasket. Pengiraan akan menjadi lebih teliti, mereka yang ada kepentingan dalam sesuatu perlumbaan akan menitik beratkan faktor ini.

Setiap kali kita menukar piston yang saiznya lebih besar atau conrod yang lebih panjang serta pendek, nisbah mampatan dan prestasi motosikal turut berubah sama. Bergantung kepada tahap pemahaman serta kemahiran anda dalam mengubahsuai motosikal. Tetapi jika anda menukar piston saiz dan jenis yang sama, nisbah mampatan yang ada sekarang tidak berubah kecuali permukaan serta kedudukan pin piston berlainan dari asal.

Jangan anda cuba mengubahsuai kepala silinder atau blok silinder sesuka hati, dapatkan dahulu maklumat tentang nisbah mampatan yang dikehendaki, kemudian ukur serta sukat dengan teliti mengunakan formula matematik yang anda telah pelajari di sekolah. Jika anda tidak mahu pening kepala berikan saja kepada mekanik yang sudah berpengalaman melakukannya.

Last Updated ( Tuesday, 16 September 2008 )
 

Shout Box

  • jackroshan comic hentai «link»
    2014-3-13 11:51 AM #
  • jackroshan hentai «link»
    2014-3-13 11:51 AM #
  • jackroshan komik hentai «link»
    2014-3-13 11:50 AM #
  • jackroshan berita arema «link»
    2014-3-13 11:49 AM #
  • jackroshan bokep «link»
    2014-3-13 11:49 AM #
  • jackroshan judi online «link»
    2014-3-13 11:49 AM #
  • jackroshan sbobet «link»
    2014-3-13 11:49 AM #
  • jackroshan agen sbobet «link»
    2014-3-13 11:48 AM #
  • jackroshan judi bola online «link»
    2014-3-13 11:48 AM #
  • jackroshan judi bola «link»
    2014-3-13 11:48 AM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg