Home > Lost Password?  Register
Saturday
Aug 30th 2014
Rahsia Teknik Kawalan Pendikit Print E-mail

Teknik kawalan pendikit bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kita tidak tahu kaitannya dengan prestasi motosikal. Pendikit minyak dibuka, motosikal bergerak kehadapan dan bila ditutup motosikal berhenti. Pendikit minyak mempengaruhi karburetor, karburetor mengawal prestasi motosikal dan prestasi motosikal pula mengawal cengkaman tayar motosikal.

Motosikal tidak bergerak boleh dianggap berat yang terletak dibahagian tayar hadapan  dan belakang sama(50-50 peratus). Apa kaitan berat dengan kadar cengkaman?, berat memberikan lebih daya geseran terhadap tayar maka lebih cengkaman terhasil tetapi menambah berat berlebihan boleh mengurangkan prestasi motosikal. Apa yang kita hendak cerita ialah berat yang sudah tersedia ada iaitu berat keseluruhan motosikal yang kita tunggang.

p61501171.jpgKemampuan kita untuk keluar dari selekoh dengan selamat serta selesa teruji sepenuhnya apabila kita boleh memahami konsep pengagihan berat motosikal. Pendikit minyak mengawal kadar agihan berat motosikal dan mempengaruhi kadar cengkaman tayar belakang, kerana tayar belakang saja yang boleh dikawal. Kita boleh tentukan tahap kawalan yang diperlukan.

Teknik mengambil selekoh, sebenarnya berhubung kait dengan teknik kawalan pendikit. Secara teori, untuk menguasai selekoh ialah memindahkan berat motosikal pada 40 % didepan dan 60 % belakang. Kenapa? apabila motosikal mulai condong kita perlu menambahkan kadar cengkaman tayar belakang supaya tayar terus melekat. Bagaimana cara mengunakannya? membuka pendikit dengan lembut, sekata serta tidak argesif di selekoh. Kita akan rasakan roda hadapan motosikal sedikit ringan. Mula berlatihan sekarang secara terkawal dan selamat, mungkin ini menjadikan anda lebih bersedia dijalanraya.

Jumlah agihan berat bergantung kepada keselesaan serta kemahiran anda tetapi perlu difahami yang tayar belakang memerlukan cengkaman semasa di dalam selekoh. Agihan berat yang besar terhadap tayar belakang di dalam selekoh boleh menyebabkan tayar mengelonsor atau membuang disebabkan lebihan bebanan.

Teknik kawalan pendikit yang sempurna memberikan kestabilan yang baik di dalam selekoh. Setiap kali pendikit dibuka motosikal kita sebenar mula bergerak keluar dari garisan yang kita mahu. Kita perlu merancang dalam memilih garisan selekoh yang hendak masuk. Menutup pendikit di dalam selekoh boleh menyebabkan tayar belakang hilang cengkaman yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anda.Berat berlebihan di roda hadapan boleh menghilangkan keseimbangan motosikal. Paling minimum yang boleh dibuat ialah kawal pendikit supaya tidak tutup tetapi sekadar menahan atau mengunci kadar bukaan pendikit sehingga selamat untuk dibuka semula. Jadikan teknik kawalan pendikit ini amalan semasa menunggang terutama semasa di dalam selekoh kerana ia mampu menyelamatkan anda dari kemalangan yang puncanya kita boleh elakan. Terima Kasih.

 

 fim_asia_grand_prix.jpg  img_0869.jpg  p6150157.jpg
     

 

Last Updated ( Friday, 12 September 2008 )
 

Shout Box

  • mario salam,selamat pagi.... ;)
    2014-7-14 8:19 AM #
  • sherman0831 hola holaaaaa :$
    2014-7-10 5:56 PM #
  • mario haii...sherman... :twisted:
    2014-7-10 5:56 PM #
  • sherman0831 hi
    2014-7-10 5:48 PM #
  • mario selamat berposa dan selamat menunaikan ibadat........ :$
    2014-7-10 5:31 PM #
  • judabenhur salam,haii...kenapa sonyap aje....? :roll:
    2014-7-9 10:05 AM #
  • judabenhur selamat berpuasa...
    2014-7-1 8:13 AM #
  • judabenhur salam...
    2014-7-1 8:13 AM #
  • judabenhur :P
    2014-7-1 8:10 AM #
  • judabenhur selamat berpuasa...
    2014-7-1 8:09 AM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg