Home > Lost Password?  Register
Monday
Feb 06th 2012
Mata sebagai alat pengimbas Print E-mail

Teknik menunggang motosikal, mata memainkan peranan yang besar bukan sekadar melihat kiri dan kanan tetapi membantu penunggang untuk kawalan yang tepat serta selamat. 

 

Kebanyakan keputusan yang dibuat, berdasarkan apa yang dilihat. Penggunaan mata yang betul membuka dimensi yang tepat untuk kita memahami bagaimana harus bertindak terhadap apa yang dilihat. Kita melihat kanak-kanak bermain di tepi jalan, tindakan kita adalah mengurangkan kelajuan motosikal dan perhatian kita terus terarah kepada kanak-kanak. Kita boleh beranggapan kanak-kanak ditepi jalan mungkin sahaja boleh melintas tanpa diduga.

melihat_pada_ruang_yang_lebih_besar.jpg

qq41.jpg 

Bila melihat, kita perlu melihat pada ruang yang besar seperti televisyen 49 inci dan bukan 14 inci. Pada ruang yang besar kita akan nampak benda-benda yang kecil. Ruang besar ini, memberikan kelebihan dalam mengawasi pergerakan yang boleh memudaratkan kita. 

 

Bila kita di jalan raya mengikut kenderaan lain, apa yang penting adalah keadaan di sekeliling kenderaan. Kita perlu ruang yang selamat jika kenderaan itu berhenti atau menukar haluan secara mengejut. Jika tumpuan kita pada perkara yang tidak sepatutnya, maka anda berada dalam bahaya. 

 

Bila kita melihat, lihatlah ke depan dan sejauh yang kita nampak. Kelebihannya, kita mempunyai cukup masa untuk menilai kesan serta tindakan yang perlu. Semakin laju bergerak semakin cepatlah kita harus bertindak, maka tindakbalas kita terhadap motosikal menjadi lebih tepat serta selamat dengan masa yang mencukupi. 

 

Dalam perlumbaan motosikal, kelajuan boleh mendatangkan perasaan gerun atau takut kepada pelumba. Teknik melihat ke depan dan jauh, boleh mengurangkan rasa laju motosikal. Mata harus digerakan seperti mencari sesuatu, atau perkara yang mendatangkan masalah dan bahaya. Bertujuan supaya tidak terlepas pandang pada situasi yang boleh membantu atau menyelamatkan kita. Sentiasa gerakkan mata dengan cukup pantas dan tepat. 

 624407_57209.jpg229583___original1.jpg 

 

  

Tiga perkara penting dalam teknik menunggang mengunakan mata.

1. Bertujuan mengenalpasti bahaya atau risiko dan mengubah cara pengendalian motosikal.

2. Mengurangkan rasa laju motosikal dan tekanan mental atau rasa takut. Badan menjadi lebih relak serta selesa.

3. Sifat semulajadi badan kita yang bergerak mengikut apa yang dilihat. Apabila kita nampak sasaran badan akan mengikutinya tanpa banyak masalah. Dengan kata lain kita pergi ke tempat yang kita lihat. 

 

Latihlah diri anda mengunakan mata dengan cara yang lebih tepat. Mungkin suatu hari nanti ianya mampu menyelamatkan anda dari bencana serta kemalangan.Selamat mencuba.

Last Updated ( Monday, 29 September 2008 )
 

Shout Box

  • leftyzero daichi, area mane tu?
    2011-12-29 8:42 AM #
  • daichi nk order barang ssh leh area kiter
    2011-12-20 12:53 AM #
  • leftyzero don't spam or i ban u.
    2011-11-4 3:10 PM #
  • Helen hi! new google urlcut service «link»
    2011-11-3 10:28 AM #
  • leftyzero thanks helen. btw, this website will be update soon.
    2011-11-3 8:15 AM #
  • Helen hi! great website!
    2011-11-3 12:37 AM #
  • magnus Hello World! Find Everything at «link»
    2011-11-2 1:04 AM #
  • leftyzero agan. ko g tgk kat calendar dlm forum. race2 yg terdekat aku post kat situ.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • leftyzero xla agan. aritu pening kpale psl gp. haha.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • ayuting2 how are you today all member «link»
    2011-10-29 8:10 PM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg