Home > Lost Password?  Register
Monday
Feb 06th 2012
Mental yang sihat Print E-mail

Dunia perlumbaan memerlukan kekuatan mental yang boleh dibandingkan melebihi kekuatan fizikal. Tunggangan yang bijak harus disusuli dengan mental yang betul.                                                                          

Motosikal merupakan antara pengangkutan yang mudah terdedah dengan bahaya, menjalankan aktiviti menunggang tanpa perancangan boleh membawa anda kepada situasi yang kurang selamat. Penunggang yang bijak harus mempunyai beberapa sifat ataupun sikap:

1.      Rendah diri

2.      Motivasi diri

3.      Saling memahami

4.      Gembira atau suka

624398_88518.jpg

Rendah Diri

Bila kita meletakkan diri pada tahap yang rendah, kita akan mudah untuk belajar sesuatu disebabkan sikap ego yang telah berjaya kita atasi. Ilmu yang diberi menjadi lebih mudah untuk diterima serta tidak terhad penerimaannya. Titik mula kejayaan sering kali dikaitkan dengan sifat rendah diri. Penunggang yang berhemah mempunyai sikap rendah dan tidak ada rasa dicabar atau tercabar. Ini membuatkan teknik tunggangan sentiasa konsisten dan berada ditahap yang baik. Masyarakat Jepun menjadikan amalan ini dalam kehidupan seharian mereka terutama dalam menuntut ilmu.

Motivasi Diri

Sentiasa yakin, bersemangat untuk mencuba antara faktor penting dalam membina kekuatan diri. Sikap positif dan sentiasa meletakkan diri pada tempat yang betul menjadi kunci sebenar kejayaan. Hari ini kita kalah dalam sesuatu perlumbaan tetapi dengan impian yang kuat kita mampu mengubah nasib ini. Kita perlu sentiasa motivasi diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Ketika dalam keadaan marah, sedih atau kecewa adalah sukar untuk kita belajar sesuatu kerana fikiran terganggu. Bebaskan fikiran kita daripada sesuatu yang sebenarnya kita tidak perlu supaya senang memahami dan cepat belajar.

Saling Memahami

Motosikal dan jalanraya seperti irama dan lagu, tidak boleh dipisahkan. Bila kita berada dijalanraya kita perlu memahaminya. Jika tidak, jalanraya membuatkan kita mudah kecundang. Suatu ketika kita mahu memecut dan menguasai selekoh-selekoh yang mencabar. Tetapi yang perlu kita tahu setiap keadaan jalanraya memberikan 2 pilihan sama ada untuk menghadkan atau membenarkan keinginan kita . Kita perlu tahu dimana tempat itu. Jawapannya kita perlu belajar untuk saling memahami.

Gembira atau Suka

Penunggang yang mempunyai mental atau fikiran yang betul harus mempunyai sikap gembira atau suka dengan apa yang dilakukan. Situasi ini membuatkan mereka dapat menerima dengan hati terbuka setiap kekalahan atau kegagalan. Pembelajaran menjadi mudah dan keinginan terus berusaha untuk berjaya dalam dunia permotoran. Tetapi kegembiraan bukan menjadikan anda seorang yang terlalu yakin sehingga cuai dan lupa diri. Faktor ini antara punca mengapa ramai yang kecundang di puncak kejayaan. Bergembiralah bila menunggang tetapi pada kewarasan serta akal yang betul. Tunggang cermat jiwa selamat.

 

1.jpgjohor05_2973.jpgkk13_5113.jpg

Last Updated ( Monday, 29 September 2008 )
 

Shout Box

  • leftyzero daichi, area mane tu?
    2011-12-29 8:42 AM #
  • daichi nk order barang ssh leh area kiter
    2011-12-20 12:53 AM #
  • leftyzero don't spam or i ban u.
    2011-11-4 3:10 PM #
  • Helen hi! new google urlcut service «link»
    2011-11-3 10:28 AM #
  • leftyzero thanks helen. btw, this website will be update soon.
    2011-11-3 8:15 AM #
  • Helen hi! great website!
    2011-11-3 12:37 AM #
  • magnus Hello World! Find Everything at «link»
    2011-11-2 1:04 AM #
  • leftyzero agan. ko g tgk kat calendar dlm forum. race2 yg terdekat aku post kat situ.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • leftyzero xla agan. aritu pening kpale psl gp. haha.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • ayuting2 how are you today all member «link»
    2011-10-29 8:10 PM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg