| Rossi Juara Di Litar Basah Indianapolis U.S |
|
|
|
Perlumbaan dalam hujan di Litar Indianapolis terpaksa dihentikan lebih awal telah memberikan kemenangan ke-4 berturut-turut buat Valentino Rossi setelah mendahului seawal pusingan lagi. Kemenangan ini memperkukuhkan lagi peluang bergelar juara Motogp 2008. Bermula di U.S Grand Prix, kemenangan Rossi tidak mampu disekat lagi. Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan bendera merah dikibarkan bagi menandakan perlumbaan terpaksa ditamatkan berbaki 7 pusingan memberikan Rossi tujuh kali juara dunia dengan kemenangan ke-69 dalam karier Motogp. Berlumba ditempat sendiri, Nicky Hayden dari U.S.A menduduki podium ke 2. Rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo ditempat ke-3. Juara tahun lepas, Casey Stoner ditempat ke-4. Rossi yang mendahului 87 mata memerlukan 13 mata lagi untuk bergelar Juara Motogp 2008 dengan berbaki empat perlumbaan sahaja lagi.
|
|
| Last Updated ( Monday, 13 October 2008 ) |
You have to login before you can shout!