Home > Lost Password?  Register
Monday
Feb 06th 2012
Tumpuan, Fokus Dan Konsentrasi Print E-mail

Apa yang akan berlaku jika kita melakukan dua kerja pada masa yang sama, mungkin kita tidak mencapai tumpuan sepenuhnya. Jika pernah mengalami situasi yang rakan kita bercakap semasa menunggang, dan anda boleh mendengar serta menghayati setiap baris perkataan lebih baik anda berhenti menunggang kerana anda sedang membahayakan diri, rakan serta orang ramai.

Situasi menunggang dan berbual tidak sama dengan makan dan bercakap. Anda mungkin tercekik semasa makan dan berbual, tetapi anda boleh cedera atau lebih parah lagi sampai mengakibatkan kehilangan nyawa jika hilang tumpuan semasa menunggangan.  Tumpuan dan konsentrasi dengan mental yang sihat mempunyai kaitan.

Bila menunggang fokus kita adalah memastikan perjalanan selamat dan selesa. Tumpuan serta konsentrasi harus diberi sepenuh terhadap pengendalian motosikal dan persekitaran. Tetapi bagi konsentrasi yang betul kita harus mempunyai latihan asas terhadap pengendalian motosikal. Contohnya anda kurang mahir mengunakan klac tangan, ini membuatkan anda memberikan perhatian lebih terhadap klac. Pada masa yang sama juga perlu memberikan perhatian terhadap kawalan minyak, gear, jalan dan sebagainya. Menunggang dengan cara ini membuatkan kita kurang yakin dan terdedah pada persekitaran berbahaya. Kita perlu membina kemahiran dahulu sebelum memberikan tumpuan kepada perkara lain.

Konsentrasi bermaksud sedia terhadap faktor persekitaran tanpa memberikan tekanan terhadap anggota badan kita. Rehat cukup dan sihat tubuh badan boleh meningkatkan kadar tumpuan pada persekitaran. Faktor cuaca juga turut mempengaruhi kadar konsentrasi kita.

Carl Fogarty bekas 4 kali juara dunia perlumbaan Superbike menjadi seorang yang serius sepanjang perlumbaan kerana memberikan konsentrasi terhadap perlumbaan tersebut, hakikatnya beliau mudah didekati peminat dan media. Di Malaysia tidak ramai pelumba yang mempunyai focus penuh, mungkin mereka tidak ambil serius tentang perlumbaan tersebut. Faktor ini menyebabkan ramai perlumba mudah jatuh serta terbabas. Tumpuan betul mampu meningkatkan teknik tunggangan supaya lebih kemas dan tersusun terutama ketika mengambil selekoh berbahaya serta mencabar.

623491_866281.jpg

624407_572091.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Fokus dan konsentrasi yang baik dan tepat kita perlu:

  1. mempunyai kemahiran pengendalian motosikal,
  2. mempunyai kesihatan baik,
  3. berfikir dan bertindak bijak,
  4. berlatih meningkatkan kemahiran asas,
  5. menghayati dan menrasai setiap tindakbalas terhasil oleh motosikal.

Tumpuan, fokus dan konsentrasi sangat penting kerana:

  1. Memastikan kita cukup bersedia untuk berlumba dan menunggangan,
  2. Mengurangkan risiko kecerderaan,
  3. Menjadikan suasana perlumbaan lebih sempurna dan konsisten,
  4. Melindungi diri dari risiko kemalangan luar jangka,
  5. Menjadikan kita lebih waspada.

624398_885181.jpg

p41.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tumpuan, fokus dan konsentrasi harus dilakukan sebaik mungkin, untuk mengelakan kemalangan dan kecelakaan. Perlumbaan yang hebat serta sempurna harus disusuli dengan tumpuan dan fokus yang betul. Duduk di tempat yang tenang dan hayatilah setiap selekoh serta bahagian litar sebelum perlumbaan bermula. Sekian terima kasih.

Last Updated ( Tuesday, 23 September 2008 )
 

Shout Box

  • leftyzero daichi, area mane tu?
    2011-12-29 8:42 AM #
  • daichi nk order barang ssh leh area kiter
    2011-12-20 12:53 AM #
  • leftyzero don't spam or i ban u.
    2011-11-4 3:10 PM #
  • Helen hi! new google urlcut service «link»
    2011-11-3 10:28 AM #
  • leftyzero thanks helen. btw, this website will be update soon.
    2011-11-3 8:15 AM #
  • Helen hi! great website!
    2011-11-3 12:37 AM #
  • magnus Hello World! Find Everything at «link»
    2011-11-2 1:04 AM #
  • leftyzero agan. ko g tgk kat calendar dlm forum. race2 yg terdekat aku post kat situ.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • leftyzero xla agan. aritu pening kpale psl gp. haha.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • ayuting2 how are you today all member «link»
    2011-10-29 8:10 PM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg