| Pemilihan Garisan Selekoh |
|
|
|
Garisan merupakan laluan motosikal ketika masuk dan keluar selekoh. Hanya untuk selekoh yang diperkatakan tentang garisan, dijalan lurus pula tidak menimbulkan persoalan. Garisan yang baik menjadikan penunggang masuk dan keluar selekoh dengan selamat serta selesa. Ini berdasarkan situasi kita pada masa tersebut, mungkin untuk perlumbaan atau aktiviti santai.
Pertama, kita perlu kenal pasti berat atau beban motosikal bersama penunggang itu sendiri. Apa yang kita perlu tahu, adalah sifat semulajadi berat sedang bergerak ialah kita tidak boleh mengubah kedudukannya secara mengejut. Semakin laju ia bergerak semakin sukar untuk mengubah kedudukannya kecuali kita tahu tekniknya.
Contoh, seseorang melontar sebiji telur dan kita akan cuba menyambutnya dengan penuh berhati-hati dan lembut untuk memastikan telur tidak pecah. Cara kita menyambut telur lebih kepada mengurangkan kesan hentaman supaya tidak pecah. Motosikal bergerak dan diubah arah pengerakan secara mengejut menyebabkan hilang keseimbang dan kawalan terutama kepada cengkaman tayar motosikal.
Dengan mengunakan garisan yang betul kita boleh mengawal perubahan berat motosikal secara teratur dan tersusun. Ini membolehkan kita menguasai selekoh supaya dapat masuk dengan pantas, selesa dan selamat. Antara teknik mengambil selekoh adalah dengan membrek dan memilih gear sesuai pada titik membrek. Buka pendikit secara perlahan, sekata serta lembut untuk memasuki selekoh. Pendikit dibuka, motosikal sepatutnya bergerak dalam garisan yang kita pilih.
Faktor yang mempengaruhi pemilihan garisan ialah:
Semasa hendak mengambil selekoh adalah penting untuk melihat ke dalam selekoh sebelum masuk. Badan kita akan bergerak ke arah mata yang nampak, menjadikan kita hendak cepat masuk selekoh. Kita perlu mengawal diri supaya tidak terus masuk ke selekoh tetapi menunggu sehingga garisan selekoh yang telah dipilih. Masuk selekoh dengan sekali tindakkan pada titik mula membelot. Motosikal perlu masuk selekoh secara sekata dan tidak beralung-alung. Kestabilan yang baik mengekalkan kadar cengkaman tayar yang baik. |
|
| Last Updated ( Wednesday, 24 September 2008 ) |
You have to login before you can shout!