|
Titik Buta (Blind Spotters) |
|
|
|
Titik buta merupakan keadaan dimana zon diluar penglihatan pemandu kenderaan lain yang tidak terdapat pada cermin pandang belakang, padahal penunggang motorsikal itu hanya berada bersebelahan sahaja.
Mungkin diantara kita pernah mengalami situasi dimana ada sebuah kereta berada di kiri jalan yang bergerak perlahan seolah-olah mencari sesuatu, pada ketika itu kita berada di kanan jalan bersebelahan dengannya tetapi di kedudukan terkebelakang sedikit. Pada waktu itu juga, kita tidak dapat melihat wajah pemandu tersebut pada cermin sisi kereta tersebut.
Tanpa kita duga pemandu tersebut membelok kereta dengan melintangi kita ataupun melakukan pusingan U, pada ketika itu kita pasti kelam-kabut untuk cuba mengawal motosikal supaya tidak berlanggar atau bergesel. Mampukah kita untuk mengelaknya?. Kita sebagai penunggang motosikal tidak boleh terlalu mengharapkan kenderaan yang lebih besar memberikan perhatian yang lebih kepada kita tetapi kita boleh membantu mereka dengan menampak kehadiran kita. Cuba kita berada pada zon pengelihatan mereka, tak kira sama ada kita menampakkan diri didalam cermin pandang sisi kereta atau secara langsung. Selamat mencuba, pandu cermat jiwa selamat.
|
|
Last Updated ( Monday, 29 September 2008 )
|