| Troy Bayliss Juara World Superbike 2008 |
|
|
|
Bayliss menggunakan strategi selamat untuk memastikan status juara World Superbike 2008 menjadi miliknya. Bayliss dari pasukan Ducati Xerox tidak menghadapi tekanan selepas menduduki tempat ke-3 pada saingan pertama dan cuma perlu menamatkan 5 tempat teratas di litar Magny-Cours. Ini merupakan kejuaraan kali ke-3 selepas melakukannya pada tahun 2001 dan 2006. Pelumba Jepun, Haga berjaya menjuarai saingan pertama namun pada saingan ke-2 Bayliss menang bergaya. Selepas kejayaan Bayliss, kedudukan ke-2 masih terbuka luas untuk jadi rebutan diantara Haga, Corser dan Neukirchner.
|
|
| Last Updated ( Wednesday, 19 November 2008 ) |
You have to login before you can shout!