Home > Lost Password?  Register
Monday
Feb 06th 2012
Rim Aluminium Pilihan Prestasi dan Penjimatan Print E-mail

Rim tayar motosikal yang dikeluarkan oleh pengeluar motosikal biasanya diperbuat dari besi yang disadur dengan lapisan krom. Rim besi ini lebih berat, mudah berkarat dan jangka hayatnya tidak lama jika tidak dijaga dengan sempurna. Namun rim besi ini lebih murah dan mudah diperolehi dari kedai alat ganti. Rim besi kebiasanya dikeluarkan dengan warna krom dan jarang sekali kita jumpa warna lain.

Rim aluminium mula menerokai pasaran selepas jualan untuk memberi satu lagi pilihan rim bagi pemilik motosikal yang inginkan sesuatu lebih berbeza. Rim yang diperbuat daripada aluminium ini, kini boleh diperolehi dipasaran. Kebaikan rim aluminium ini antaranya tidak berkarat, ringan serta kelihatan lebih menarik. Rim yang ringan sebenar boleh menjimatkan penggunaan petrol kerana mengurangkan bebanan kerja enjin. Selain itu, rim ini mampu meningkatkan daya pecut dan kuasa motosikal ke tahap yang lebih baik.

Rim yang ringan mampu mengurangkan penghasilan momentum pada roda yang sedang berputar laju. "Bearing" roda akan bertahan lebih lama akibat kurangnya kesan tekanan atau geseran semasa penghasilan momentum tadi. Selain itu, daya tarikkan enjin atau enjin membrek juga menjadi lebih lembut dan ini memberikan lebih keselesaan semasa menunggang. Hasilnya, kos penyelenggaraan motosikal anda dapat dijimatkan lagi.

Rim aluminium merupakan sebahagian daripada komponen perlumbaan motosikal. Bagi pelumba yang berpengalaman, rim ini sesuai digunakan untuk litar pendek, sempit dan teknikal. Litar sebegini memerlukan daya pecut yang kuat terutama keluar dari selekoh. Para pelumba terpaksa membrek sehingga motosikal hampir berhenti dan masuk serta menukar selekoh dengan pantas. Stamina dan ketepatan amat diperlukan oleh pelumba. Rim aluminium akan membantu pelumba untuk keluar selekoh dengan lebih pantas, mengurangkan kesan liukan roda hadapan semasa menukar posisi tunggang.

Pasukan dan pelumba dari Indonesia serta Thailand lebih gemar menggunakan rim aluminium kerana mereka telah terdedah dengan teknik dan strategi perlumbaan yang lebih kompetitif. Di Malaysia selain dari pasukan Sinar MBC UTM Racing ada beberapa pasukan lain turut menggunakan rim ini. Mereka menggunakan kelebihan rim yang ringan dan tahan lasak untuk memberi saingan hebat kepada pasukan lain. Motosikal perlumbaan yang memiliki timbang berat berlebihan boleh menggunakan rim ini.

Kehebatan rim aluminium pada asalnya lebih dikenali dalam dunia motosikal lasak seperti Motocross dan Supermoto. Dunia permotoran yang semakin berkembang dan atas permintaan pasaran menyebabkan pengeluar menghasilkan untuk motosikal kategori ‘underbone' dan skuter. Rim aluminium yang dijual di Malaysia tidak semua memiliki jaminan kualiti dan piawaian antarabangsa seperti "DOT". Excel Takasago Asia dan D.I.D merupakan contoh rim yang sudah mendapat pengiktirafan ini.

Kelemahan utama mengunakan rim besi atau aluminium adalah perlu mengunakan tiub tayar. Tiub tidak tahan kebocoran yang disebabkan tercucuk paku atau faktor lain. Angin dalam tiub akan keluar lebih cepat dari rim tanpa tiub. Kos menukar tiub lagi tinggi dari kos menampal tayar. Jejari roda juga perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tiada yang longgar. Teknologi mengunakan rim aluminium tanpa tiub sudah ada tetapi teknologi ini belum lagi popular di Malaysia.

rim3.jpg

Last Updated ( Friday, 26 December 2008 )
 

Shout Box

  • leftyzero daichi, area mane tu?
    2011-12-29 8:42 AM #
  • daichi nk order barang ssh leh area kiter
    2011-12-20 12:53 AM #
  • leftyzero don't spam or i ban u.
    2011-11-4 3:10 PM #
  • Helen hi! new google urlcut service «link»
    2011-11-3 10:28 AM #
  • leftyzero thanks helen. btw, this website will be update soon.
    2011-11-3 8:15 AM #
  • Helen hi! great website!
    2011-11-3 12:37 AM #
  • magnus Hello World! Find Everything at «link»
    2011-11-2 1:04 AM #
  • leftyzero agan. ko g tgk kat calendar dlm forum. race2 yg terdekat aku post kat situ.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • leftyzero xla agan. aritu pening kpale psl gp. haha.
    2011-11-1 2:00 PM #
  • ayuting2 how are you today all member «link»
    2011-10-29 8:10 PM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg