| Excel Takasago Rims |
|
|
|
Excel Takasago Rims Excel Takasago adalah jenama rim terkenal di dunia dan merupakan rim aluminium aloi yang teringan serta terkuat ketika ini. Rim Excel Takasago lebih sinonim dengan teknologi pembuatan rim motosikal lasak atau “offroad”. Setiap rim motocross Excel adalah hasil rekabentuk dan kejuruteraan yang telah melalui piawaian ketat dengan beberapa siri ujian. Hasilnya, rim ini boleh mengharungi persekitaran yang sukar. Excel MX merupakan rim pilihan kebanyakkan pasukan lumba pengeluar dan juga persendirian di seluruh dunia. Di negara Jepun, pengeluar motosikal seperti Honda, Kawasaki, Suzuki, Yamaha bersama dengan pengeluar dari Eropah seperti KTM, Ducati, Husquvarna dan Moto TM telah memilih rim ini sebagai peralatan asli motosikal keluarannya.
Proses pembuatan rim aluminium aloi bermula dari sekeping plat bersudut aluminium dilentur oleh mesin untuk membentuk bulatan dengan dua hujung yang bertemu dipateri. Bentuk bulatan rim diimbangi sebelum melalui proses menggilap. Robot penanda lubang jejari akan menekan disekeliling bahagian dalam rim untuk membentuk lekuk. Rim ini kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah ketuhar pemanas untuk proses rawatan haba bagi menambahkan lagi kekerasan rim tersebut. Selepas rawatan haba, lekuk yang dibentuk tadi akan ditebuk menjadi lubang yang sama saiz untuk dimasukan jejari roda nanti. Proses mengilap dilakukan semula untuk memastikan rim nampak lebih kemas dan berkilau, kemudian rim ini akan dicelup atau dielektrolisis bagi mendapatkan warna yang tahan lama serta seragam. Sebelum dibungkus rim ini akan dikeringkan terlebih dahulu. Rim yang sudah siap akan disimpan sementara menunggu giliran untuk dihantar kepada pembekal. Kualiti produk yang dikeluarkan pula mematuhi standard pengeluaran Jepun dan antarabangsa.
Perkataan ‘ Teknologi pembuatan rim aluminium aloi ini hampir menyamai teknologi pembuatan badan kapal terbang. Aluminium yang di campur dengan bahan lain seperti timah, karbon dan tembaga boleh menukar sifat asal aluminium untuk memiliki kekuatan melebihi keluli tetapi ringan seperti asal.
|
|||
| Last Updated ( Wednesday, 24 December 2008 ) | |||
You have to login before you can shout!